top of page

MAKANAN TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN

PEMBUKA SELERA

PERKASAM

Sejarah:

Saya percaya setiap negeri mempunyai makanan tradisinya. Dan, apabila menyebut makanan tersebut, pasti nama negerinya turut diperkatakan. Bagi saya pekasam merupakan makanan tradisi yang popular di negeri Kedah. Biar sekalipun anda mengatakan bahawa negeri anda juga popular dengan pekasam, saya masih menyatakan bahawa pekasam negeri Kedah tetap yang istimewa. Jangan marah ya. Mungkin perbezaan itu terletak pada ikan yang digunakan. Jika di Kedah ikan puyu, haruan, lampam menjadi ikan yang sering digunakan untuk membuat pekasam. 

Bahan-bahan:

Ikan pekasam, bawang besar, cili api & Minyak masak.

 

 

GULAI KAWAH

Sejarah:

Gulai Batang Pisang memang signature dish orang Baling Kedah, terutamanya di kawasan kampung. Tetapi tolong jangan bayangkan dalam periuk atau kawah sedang menggelegak tu ada batang pisang.  Nama saja Gulai Batang Pisang tetapi bahagian batang pisang yang digunakan adalah umbut pisang atau rias pisang. Umbut pisang adalah bahagian tengah batang pisang yang lembut dan berwarna putih. Sama saja kalau umbut kelapa.Gulai batang pisang biasanya di masak untuk majlis kenduri dan lebih sedap gulai batang pisang  menggunakan daging bertulang  lembu atau kambing.Sekarang, menu gulai batang pisang boleh juga dijadikan salah satu menu berbuka puasa yang istimewa.Balik kampung minggu lepas, adik ipar saya masak gulai batang pisang. Ok…. untung jadi kakak sulung yang ada 4 adik lelaki. Bila adik-adik lelaki dah kahwin, mak ada 4 anak menantu perempuan kat dapur. Semuanya pun jenis ‘ringan tulang’.  Saya boleh  jadi Project Manager sajaUmbut pisang ni manis sebenarnya, kalau tak percaya pergi tebang sepokok tetapi jangan tersilap pilih jenis pisang. Bukan semua jenis pisang sedap dibuat gulai. Mak kata pisang emas, pisang batu ( pisang raja ) atau pisang hutan yang sedap, kalau pisang nangka tak boleh. Ada satu lagi yang tak boleh, pisang kaki!

Bila saya cakap pisang hutan tolong jangan bayangkan kita  perlu meredah hutan seperti Taman Negara pula untuk dapatkan pokok pisang.  Orang bandar ni , bila sebut saja hutan, dia ingat hutan sebetul betul hutan.  Pisang hutan biasanya tumbuh sendiri di tepi-tepi kampung , tepi-tepi sungai atau  di tepi-tepi lebuh raya pun kita boleh nampak pisang hutan.

Ok… jom masuk dapur. Kita masak gulai batang pisang.

Mak dan adik lelaki yang pergi tebang pokok pisang, jadi saya tak ada gambar aktiviti menebang.  Pokok pisang dah diracik-racik , dibuang kulit-kulit dan yang dibawa balik adalah bahagian tengah batang pisang

Bahan-bahan:

Ayam, umbut pisang, asam jawa, garam, serbuk kari, kerisik, daun kari, air, santan kelapa, minyak masak, kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia.

HIDANGAN UTAMA

PULUT PELAM

Sejarah:

Ini adalah makanan turun temurun keluarga member Kedah. Dulu masa kecik2 dulu kampung kami penuh dengan pokok manga. Dulu rumah saya dikelilingi pokok manga, pokok manga ni macam pagar rumah la hehehe. Pokok manga yang tanam jugak macam2 jenis, manga telur, manga sala, bacang, manga harum manis, manga kuinin, manga water lily(xingat nama org kampung panggil apa). Biasanya manga telur ni kami buat jeruk simpan dalam peti ais, manga sala ni buat cicah garam belacan, bacang buat sambal bacang (eh meleleh dah air liur kot teringat makan sambal bacang dengan nasi panas), manga water lily, kuinin dan harum manis biasanya makan dengan pulut. Dulu time musim pelam, setiap rumah leh dikatakan akan buat kenduri pulut pelam. Kenduri arwah buat pulut pelam? sebab tu la pokok pelam sentiasa merimbun lebih buah dari daun. Sekarang tradisi buat kenduri pulut pelam dah tak dak...mungkin ada tapi jarangla jumpa kot.

Bahan-bahan:

Manga harum manis, Santan/susu low fat, beras pulut, daun pandan, gula & garam

KUIH QASIDAH RESEPI IBUNDA TRADISI KEDAH

Sejarah:

Kuih qasidah ini di buat di tempat kerja untuk jamu kawan-kawan yang tak pernah makan,kenal,tengok dan sebagainya. Bila makan kuih ni, teringat zaman bebudak di bulan puasa, juadah ni emak kawan selalu buat, sedap, secukup rasa, dengan bawang goreng campur minyak sapi, aromanya menyelerakan, pada hal bahan-bahannya cukup asas, kalau zaman jepun dulu pun boleh buat. Kira ilmu ni kawan warisi dari mak kawan, tapi yang master buat qasidah ni, kakak kawan yg no.2. Perfect.Sebenarnya kawan pun tak tahu dari mana datangnya nama Qasidah tu. Mungkin nama orang yang mula membuatnya, atau pun ia di hidangkan sewaktu majlis berqasidah. Nanti kawan tanya emak kawan. Kalau hidang untuk Business Class kapal terbang ok apa.

Bahan-Bahan:

Tepung Gandum, air, gula, bawang merah, minyak sapi dan garam.

PENCUCI MULUT

BUNGA PUDAK

Sejarah:

 Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di bahagian selatan dan timur mungkin tak pandai nak buat kuih ni...kuih ni kita boleh dapati dijual di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.

Bahan-bahan:

Kelapa parut, gula pasir, garam, perasa ros, pewarna merah/kuning/hijau, tepung pulut & air.

bottom of page